Kerjaya Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour

Abdul Rasheed mula berkhidmat di BNM pada 1988. Sepanjang kerjayanya, beliau pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan kanan dan ahli Jawatankuasa Dasar Monetari serta Jawatankuasa Kestabilan Kewangan sejak 2015.[1]

Beliau turut memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan (2000-2010) dan Pelan Sektor Kewangan (2011-2020 dan 2022-2026). Pada tahun 2016, beliau dilantik sebagai Timbalan Gabenor BNM.[1][3]

Beliau dilantik sebagai gabenor BNM ke-10 pada 1 Julai 2023 bagi tempoh 5 tahun,[4] menggantikan Nor Shamsiah Mohd Yunus yang telah tamat tempoh perkhidmatannya sehari sebelumya, iaitu pada 30 Jun. Pelantikan beliau mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah.[1][5]